Rajah 1 : Contoh transistor yang terdapat dalam litar elektronik |
Transistor dwikutub adalah antara komponen terpenting dalam litar elektronik. Komponen ini telah direka pada tahun 1948 oleh Schokley, Bardeen dan Brattain dari Amerika Syarikat. Kebanyakan transistor dwikutub pada hari ini diperbuat daripada bahan separuh
pengalir silikon dan germanium. Fungsi utama transistor dwikutub ialah sebagai penguat. Selain itu, komponen ini juga berfungsi sebagai litar pensuisan dan komponen pemecah fasa. Rajah 1 menunjukkan contoh transistor yang terdapat dalam litar elektronik.

Jenis Dan Binaan Transistor Dwi Kutub
Rajah 2 : Struktur binaan transistor PNP dan Simbol |
Transistor dwikutub diperbuat daripada tiga lapisan bahan separuh pengalir danmempunyai dua simpang. Apabila bahan P diapit di antara dua lapisan bahan N, transistor jenis ini dinamakan transistor NPN. Sebaliknya, apabila bahan N diapit di antara dua lapisan bahan P, transistor ini dinamakan transistor PNP. Oleh sebab komponen ini diperbuat daripada tiga lapisan bahan., maka setiap lapisan mempunyai tamatan iaitu tapak (B), pengeluar (E), dan pemungut (C).Rajah 2 Menunjukkan binaan transistor dwikutub jenis PNP. Simpang BE terletak di antara dan pengeluar manakala simpang BC terletak di antara pemungut dan tapak.
Rajah 3 : Struktur binaan transistor NPN dan Simbol |
Rajah 2-40(a) menunjukkan struktur binaan transistor dwikutub jenis NPN yang
mempunyai dua simpang iaitu BE dan simpang BC. Rajah 2-40(b) pula ialah
simbol transistor dwikutub NPN. Perhatikan perbezaan antara kedua-dua simbol
transistor pada Rajah 2-39(b)dan 2-40(b). Perbezaannya terletak pada arah anak
panah di pengeluar. Transistor PNP mempunyai arah anak panah ke dalam,
manakala transistor NPN mempunyai arah anak panah ke luar.

No comments:
Post a Comment